
Selamat Tahun Baru 2010. Kini bermulalah Tahun Baru dalam 2010. Semoga Pada Tahun Ini Kita dapat membina AZAM baru dan berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan pada Tahun Lepas.
Yang sudah berlalu jadikan KENANGAN.
Yang akan datang jadikan CABARAN.
Marilah kita sama-sama, Khasnya kepada Warga SKPP untuk memajukan lagi tahap Pendidikan anak bangsa dengan lebih komited lagi. Bersama-sama memikul tugas yang telah di amanahkan dengan Ikhlas dan terbuka. Semoga segala pengorbanan akan di balas oleh Allah di akhirat sana.
Azam 2010 bagi pengurusan j-QAF di SKPP :-
1) Memantapkan lagi proses P&P dengan lebih berkesan
2) Menguruskan fail dan dokumen dengan lebih teratur
3) Melaksanakan Tasmik dengan lebih baik
4) Melaksanakan Kem Bestari Solat sepnuhnya
5) Sifar murid Buta Huruf, Jawi dan Al-Quran di Tahun 2, 3 dan 4
Semoga semuanya akan dapat dilaksanakan dengan bantuan guru-guru lain dan kerjasama oleh semua murid dan Ibubapa amat diharapkan.
Mohon semuanya mendoakan......
Demi Agama tercinta...
Cari Blog Ini
Mutiara Kata
Kalender
Islamic Clock
Profile Admin
- Ust_Ipin
- MOHD ARIFIN BIN KASMON Guru j-QAF Bahasa Arab Sek. Keb. Parit Patah, Pontian, Johor. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman Universiti Sains Islam Malaysia
Nama Diri
| MOHD ARIFIN | |
| M | Mesra |
| O | Oportunis |
| H | Harum |
| D | Dinamik |
| A | Amanah |
| R | Ramah |
| I | Ikhlas |
| F | Fleksibel |
| I | Idealistik |
| N | Naif |
| Apa ada pada nama? | |
Labels
- Lain-lain (22)
- j-QAF (21)
- 2010 (9)
- Sukan (5)
- UPSR (4)
- Gambar (3)
- Sambutan (3)
- Disiplin (2)
- Guru (2)
- Maklumat Sekolah (2)
- Badan Beruniform (1)
- GPK HEM (1)
- Motivasi (1)
- Peperiksaan (1)
- Program Agama (1)
- Sejarah (1)
Follow
Senarai Blog Saya
-
-
Amalan Terbaik PdP13 tahun yang lalu
-
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 201114 tahun yang lalu
-
-
-
Liga Perdana Inggeris EPL
Radio Online
Komen
01 Januari 2010
Salam Tahun Baru 2010
03 Ogos 2009
28 Julai 2009
KEM BESTARI SOLAT (Tahun 2 & 3 kali ke-2)
Keputusan Akhir Kajian Tindakan Peringkat Daerah Pontian
.jpg)
Pembentangan Kajian Tindakan
20 Julai 2009
Keputusan Kajian Tindakan
Sekian.
02 Julai 2009
Pembentangan Kajian Tindakan
Justeru, saya telah memperkenalkan kepada mereka dengan teknik ketawa...
Saya menunjukkan gambar ini
Saya tunjukkan gambar ini kepada murid-murid... saya suruh mereka ketawa dengan cara "KAKAKAKAK...!!!" untuk mengaitkan apabila jumpa perkataan arab pada akhir kalimah, yang ada huruf Khaf berbaris atas, itu menunjukkan lelaki.
30 Jun 2009
Kajian Tindakan oh Kajian Tindakan
Belajar Bahasa Arab Sambil Ketawa
Dalam Membezakan Lelaki dan Perempuan tahun 3
2) Semua apa yang saya sampaikan dapat difahami oleh juri dan juga penonton.
4) Semoga segala usaha yang saya hasilkan ini dapat diterima pakai untuk kegunaan bersama.
23 Jun 2009
Taklimat E-Pelaporan j-QAF 2009
Semalam ada Taklimat E-Pelaporan 2009 di Dewan Sri Siantan, PPD Pontian, Jam 2.30 petang.
Taklimat tersebut telah diketuai oleh JU daerah iaitu ust. Solahudin (SK. Kg Sawah)
20 Jun 2009
Kem Bestari Solat Tahun 1 2009
Hari ini kita ada buat Kem Bestari Solat...
nanti gambarnya saya akan masukkan.. x sempat nak upload skrg, just nak inform dulu. nanti la saya update....
19 Jun 2009
Kenangan di Kursus Pemantapan Pedagogi j-QAF 2009
16 Jun 2009
Pengisian dan Jadual Kursus
Hari Pertama (15 Jun 2009)
Slot 1 : Dapatan Pemantauan Guru j-QAF 2009 pada bulan Mac
Slot 2 : Kaedah P&P Jawi Berkesan
Hari Kedua (16 Jun 2009)
Slot 3 : Kaedah P&P Jawi Berkesan
Slot 4 : Kem Literasi Al-Quran (KLAQ)
Slot 5 : LDK 1 (Perbincangan Pelaksanaan P&P Jawi)
Slot 6 : Transformasi Pendidikan
Hari Ketiga (17 Jun 2009)
Slot 7 : Kaedah P&P Al-Quran Berkesan
Slot 8 : Kaedah P&P Bahasa Arab Berkesan
Slot 9 : LDK (Perbincangan Pelaksanaan P&P Bahasa Arab)
Slot 10 : Kaedah P&P Bahasa Arab Berkesan
Hari Keempat (18 Jun 2009)
Slot 11 : Dokumentari dan Pelaporan j-QAF
Slot 12 : Penutup
13 Jun 2009
Kursus j-QAF 2009
Kursus Pemantapan Pedagogi j-QAF
Hotel Sri Pelangi, Muar, Johor
15 - 18 Jun 2009
12 Julai 2008
25 Jun 2008
Bagaimana Guru Al-Quran berinteraksi dengan muridnya?
2. Hendaklah dia mengingatkan murid tentang kelebihan mempelajari Al-Quran supaya mereka lebih bermotivasi dan semangat untuk belajar, mengajar mereka bersikap zuhud dengan dunia dan menghindarkan mereka agar tidak terpedaya dan cintakan dunia. Juga, mengingatkan mereka tentang kelebihan menyibukkan diri dengan Al-Quran dan ilmu-ilmu Syariah yang lain. Ia merupakan jalan yang dipilih oleh hamba-hambaNya yang soleh.
3. Hendaklah dia bersikap empati dengan muridnya dan mengambil berat tentang keperluan mereka sepertimana dia mengambil berat tentang keperluan anak dan dirinya sendiri. Seolah-olah muridnya itu adalah anaknya sendiri. Bersabar dengan kenakalan mereka dan sekali-sekala boleh memaafkan sikap kurang adab mereka itu. Sesungguhnya manusia itu memang ada sifat kekurangan, apatah lagi pada usia yang kecil lagi.
4. Hendaklah dia mencintai muridnya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri dan membenci terhadap mereka apa yang dia benci terhadap dirinya sendiri.
5. Hendaklah dia tidak berlagak sombong terhadap muridnya, bahkan dia hendaklah merendah diri dengan mereka. Apatah lagi mereka dianggap sebagai anak-anaknya yang mempunyai kedudukan sebagai penuntut ilmu Al-Quran. Mereka ada hak persahabatan terhadap kamu sebagaimana kamu ada hak atas mereka.
Rujukan:
j-QAF: Kami cuma nak tolong!
Hello kawan!
Mau bikin bisnes ka?
Jumpa saya lah!
Tak ada pengalaman?
Tak apa.. boleh jumpa saya!
Kursus? Kita ada..!
Pinjaman? Kita pun ada..!
5000? 10000? Saya bagi..!
50000? Saya pun bagi..!
Ingat aa..
Kami bukan along, kami cuma nak tolong!
Ini pula saya ubahsuai untuk versi j-QAF:
Assalamualaikum kawan!
Mau ajar anak Iqra' ka?
Jumpa saya lah!
Tak ada buku?
Tak apa.. boleh jumpa saya!
Jawi? Kita ada..!
Bahasa Arab? Kita pun ada..!
Fardhu Ain? Kem Solat? Saya bagi..!
Khatam Al-Quran? Saya pun bagi..!
Ingat aa..
Kami bukan ambik untung, kami cuma nak tolong!
SAYA HADIAHKAN TULISAN INI KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN ISLAM, KHASNYA KEPADA SELURUH GURU j-QAF YANG BEGITU BERDEDIKASI MENDIDIK GENERASI AL-QURAN YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG
Bahasa Arab 5 Waktu Seminggu
Kursus yang sudah lama dijangkakan perlu hadir telahpun selesai kelmarin dengan jayanya. Ia dinamakan Kursus Pendedahan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 1 2008. Ura-ura dan khabar angin yang selama ini hanya berlegar menjadi perbualan mulut para guru Bahasa Arab khususnya akan menjadi kenyataan Insya-Allah. Saya hanya katakan sebegitu kerana ianya belum pasti lagi kerana kena tunggu dulu Surat Pekeliling Ikhtisas dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia, barulah ia pasti akan dilaksanakan pada tahun 2008, Insya-Allah.
Apa yang barunya? Apa bezanya dengan yang lama? Mungkin ada yang bertanya sedemikian.
Yang pertama adalah pada namanya iaitu Bahasa Arab (BA). Kalau sebelum ini mata pelajaran tersebut dipanggil Bahasa Arab Komunikasi (BAK), kali ini ia diubah kepada BA sahaja. Memang nama tersebut ada kaitan dengan sukatan dan isi kandungan yang diajar kepada murid. Sebelum ini (dan sekarang), isi kandungan mata pelajaran lebih kepada ingin mengajar murid cara berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan tidak diberi penumpuan pada tatabahasa (nahu). Saya secara peribadi melihat ini sebagai salah satu kelemahan dan kekurangan. Sukar untuk mengajar murid untuk berkomunikasi sahaja tanpa mengetahui kaedah-kaedah asas dalam sesuatu bahasa.
Murid menjadi keliru dan sukar untuk membezakan di antara dua perkataan yang sama ejaannya tetapi berlainan barisnya. Dia menjadi keliru apabila guru sekejap menyebut "Anta" (kamu -lelaki) dan sekejap menyebut "Anti" (kamu -perempuan). Lebih payah lagi sekejap guru menyebut "Madrasatun", sekejap "Madrasati", sekejap "Al-Madrasata". Pening kepala murid dibuatnya kerana tidak tahu asas tatabahasa Arab dalam perkara itu. Murid sekolah rendah lah katakan.
Kadang-kadang murid boleh tahu makna perkataan "Madrasatun" kerana dia sudah kenal huruf Ta Marbuthah di akhir perkataan tersebut barisnya mesti berbaris dua di depan. Tetapi, jika guru menulis atau menyebut perkataan dengan menggunakan baris yang lain seperti "Madrasati" dan "Al-Madrasata", maka murid itu sudah tidak tahu makna perkataan tersebut. Ada murid Tahun 3 dari kelas yang pandai pernah bertanya kepada saya tentang ini. Saya ingatkan dia boleh agak makna perkataan tersebut, tetapi dia menjadi keliru hanya disebabkan perubahan baris hujung dan penambahan Alif Lam "Al" di depan perkataan tersebut.
Bukanlah langsung tidak diajar tatabahasa, tetapi dalam BAK, tatabahasa hanya diajar secara tidak langsung. Saya tidak pasti murid-murid sekolah rendah boleh faham tatabahasa Arab yang diajar secara TIDAK LANGSUNG. Kalau tatabahasa Inggeris bertulisan Rumi yang diajar secara langsung pun susah nak faham, apatah lagi tatabahasa bertulisan Arab yang diajar secara tidak langsung.
Jadi, dalam hal ini sebenarnya memang sejak dulu lagi saya berasa tak senang hati untuk mengajar dengan menggunakan kaedah komunikasi ini. Kerana apa? Kerana ianya tidak sama dengan kaedah yang saya belajar BA dulu semasa di sekolah rendah. Bagi saya, kaedah yang dulu digunakan jauh lebih senang dan mudah untuk murid sekolah rendah ikut dan faham.
Oleh itu, untuk sukatan BA yang baru ini, setelah saya lihat dan teliti, memang ia boleh menyebabkan guru Bahasa Arab tersenyum lebar. Perubahan ketara untuk Tahun 1 2008 ini ialah pada bab yang pertama. Kalau dulu bab pertama dah perlu diajar komunikasi, tetapi kali ini murid diajar tentang huruf hijaiyah Arab terlebih dahulu. Kalau satu bab diajar untuk tempoh lebih kurang sebulan (biasanya 3 minggu sahaja paling lama kalau tolak cuti dan program yang pelbagai), maka Insya-Allah diharapkan TIADA murid lagi yang masih tidak kenal (walaupun murid yang paling bermasalah) huruf hijaiyah Arab sebelum diajar tatabahasa dan sebagainya.
Yang keduanya adalah pada bilangan waktu mengajarnya iaitu 5 waktu dalam seminggu, bersamaan dengan 2 jam setengah seminggu. Sebelum ini (dan sekarang) mata pelajaran BAK hanya diajar 2 waktu seminggu ataupun sejam seminggu. Dalam erti kata yang lain, murid hanya berjumpa dengan guru Bahasa Arab mereka di dalam kelas (kalau guru itu tidak mengajar Pendidikan Islam untuk kelas itu) hanya sekali dalam seminggu sahaja.
Sudahlah isi kandungan dalam BAK memang banyak yang perlu diajar kepada murid, tetapi waktu yang diperuntukkan pula sedikit. Macam tidak seimbang di antara isi kandungan dan waktu yang diperuntukkan. Boleh dikatakan biasanya murid yang cemerlang (bukan sederhana sahaja) Bahasa Arab di sekolah kebangsaan adalah kerana dia sudah banyak belajar Bahasa Arab (6 waktu) di sekolah agama pada sebelah petangnya. Hanya sebahagian murid yang tidak sekolah agama yang boleh mendapat markah tinggi dalam ujian atau peperiksaan BAK di sekolah kebangsaan. Pendapat saya ini tiada kena-mengena dengan murid sekolah lain, tetapi daripada perbualan dan perbincangan dengan rakan-rakan, memang kami ada persamaan pendapat dari sudut ini.
Tinggal yang menjadi masalah dan perbincangan adalah dari sudut pelaksanaan jadual waktu BA nanti. Sama ada untuk murid Tahun 1 ataupun Tahun 4 2008 (murid j-QAF Tahun 3 yang sudah wajib belajar BAK sekarang ini). Apa yang saya nampak ialah waktu pulang dari sekolah bertambah lewat, mungkin hanya setengah jam lewat dari yang sekarang ini. Apa yang melegakan ialah semasa kursus tersebut kami dimaklumkan bahawa semua guru besar, guru penolong kanan dan guru yang bertugas membuat jadual waktu akan dipanggil untuk hadir taklimat tentang perkara ini. Saya berharap ada surat pekeliling yang baru pula memaklumkan tentang jadual waktu persekolahan yang baru. Ini supaya bagi 'melenyapkan' dan 'mendiamkan' segala ketidak puashatian daripada guru-guru lain. Semua guru dan murid sama-sama pulang lewat, tiada yang balik rumah awal. Bukan BA sahaja yang dijadualkan pada waktu terakhir. Kuasa orang atasan sangat penting dalam hal ini.
Yang ketiganya dan yang terakhir adalah pada isi kandungannya. Secara umumnya, isi kandungan BA yang diajar lebih sedikit dari BAK. Contohnya, kalau dalam BAK diajar Bilangan dan Nombor dari Wahid (satu) hingga 'Asyarah (sepuluh) dalam satu bab, tetapi kali ini dalam BA ia diajar dalam dua bab. Wahid (satu) hingga Khamsah (lima) diajar dalam satu bab manakala Sittah (enam) hingga 'Asyarah (sepuluh) diajar dalam bab yang berikutnya. Nampak macam sedikit, tetapi murid mesti kuasai 4 kemahiran iaitu pendengaran, percakapan, pembacaan dan penulisan.
Selain itu, aspek tatabahasa diberi penekanan utama. Aspek komunikasi masih ada dan memang tetap akan ada. Bagi Tahap 2 pula, akan diajar beberapa kata-kata hikmah dan perumpaan yang ringkas.
Sebab itu saya boleh katakan guru Bahasa Arab kali ini boleh tersenyum lebar. Akan tetapi, mereka perlu buktikan kejayaan dan kecemerlangan murid dalam berbahasa Arab. Dengan penambahan waktu pada 5 waktu seminggu dan isi kandungan (bilangan perkataan) yang dikurangkan serta dilebihkan aspek tatabahasa dari komunikasi, maka diharapkan murid dapat menguasai kemahiran asas Bahasa Arab bagi peringkat sekolah rendah.
Nama Dr. Abdul Rahman bin Abdullah beberapa kali disebut dalam kursus tersebut. Saya baru tahu beliau sudah ada PhD. Saya pasti beliaulah (melihat biodata dan gambar di belakang buku teks) yang merupakan bekas guru Bahasa Arab saya semasa di SMKA Segamat sebelum saya 'dilarikan' ke KISAS. Kami memanggilnya sebagai Ustaz Rahman. Sudah hampir 15 tahun saya tak dapat berjumpa dengan beliau. Mabruk kepada beliau yang berjaya menyusun sukatan baru BA yang hebat ini. Semoga Allah memberkati dan merahmati guru terbilang saya ini.
Dengan adanya program j-QAF dilaksanakan sejak tahun 2005, bukan sahaja bilangan guru agama bertambah di sekolah kebangsaan bagi memperkasakan Pendidikan Islam, tetapi Bahasa Arab juga semakin dimartabatkan kerana bukan sahaja murid Islam wajib mempelajarinya tetapi juga dengan penambahan waktu pengajaran dan pembelajarannya.
Semoga generasi j-QAF ini pada masa depan akan menjadi generasi yang celik Islam, celik Solat, celik Al-Quran, celik Jawi dan celik Arab. Ya Allah, terimalah segala usaha kami ini sebagai amal jariah yang tidak akan putus pahalanya walaupun kami berada di alam barzakh nanti.
Laporan E-Setup j-QAF 2008
"Ustaz, nanti naik ke pejabat ye ambil surat PPD ni, pasal Laporan E-Setup j-QAF". Tiba-tiba kerani yang baik hati telefon saya yang tengah mengajar di dalam kelas.
Alhamdulillah, pada hari Khamis lepas, para 'Guru Pendidikan Islam yang mahir komputer' (seperti yang tertera dalam surat PPD) telah diberi taklimat Laporan E-Setup j-QAF 2008 versi yang baru.Pendedahan Eksklusif! Buku baru Bahasa Arab Tahun 2 (2009)
Hari ini, para Guru Bahasa Arab Daerah Gombak telah selesai menghadiri satu kursus yang sangat tidak ternilai. Kami telah diberikan pendedahan tentang Penggunaan Buku-buku Bahasa Arab Tahun 2 (2009) oleh Ustaz Hamdan bin Muda, Pegawai Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia.
Syukur kepada Allah SWT kerana beliau telah memberitahu kami bahawa kami telah terpilih sebagai kumpulan guru yang pertama di Malaysia (taklimat kepada para JU peringkat kebangsaan pun belum lagi) diberi pendedahan tentang buku-buku yang baru itu. Buku-buku baru yang dimaksudkan ialah Buku Teks (BT), Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) dan Buku Panduan Guru (BPG) Bahasa Arab Tahun 2 (2009).
Bukan sahaja fail powerpoint taklimat beliau telah kami dapat, tetapi beliau telah mengizinkan kami ‘menyedut’ ketiga-tiga buku tersebut dalam bentuk softcopy, alhamdulillah.
Mari kita lihat apa keistimewaan buku-buku ini.
A. Buku Teks (كتاب التلميذ):
1) Kulit Buku yang berwarna dan bergambar lebih menarik dari Tahun 1.
2) Setiap Unit terdiri daripada 6 komponen iaitu Objektif, Kemahiran Bahasa, Perkataan dan Frasa, Sistem Bunyi, Tatabahasa dan Nilai Akhlak.
3) Hasil Pembelajaran di setiap muka surat.
4) Disertakan 2-3 perkataan baru di setiap muka surat.
5) Isi Kandungan pelajaran yang menekankan pertuturan, mengambil kira kesesuaian pembinaan ayat dan penyusunan tajuk-tajuk yang mengikut aras dan tahap murid.
6) Penggunaan Ikon dan Warna yang menggambarkan fungsi tertentu.
7) Setiap unit adalah 8 muka surat yang merangkumi Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca, Menulis, Angka dan Bilangan dan Sistem Bunyi (Huruf atau Perkataan).
8) Aktiviti Bahasa disediakan di setiap muka surat dan Ulangkaji di akhir setiap unit manakala Ulangkaji Menyeluruh di akhir buku.
9) Gambar dan Ilustrasi menarik.
10) Bahasa dan Istilah mengikut peringkat unit dan tahap murid.
11) Arahan untuk murid membuka BLA mengikut muka surat yang sama dalam BT.
B. Buku Latihan dan Aktiviti (كتاب التدريبات):
C. Buku Panduan Guru (كتاب مرشد المعلم):
Sama seperti buku panduan sebelum ini, ia disediakan untuk memberi panduan kepada guru dalam P&P, antaranya:
1) Contoh P&P Kemahiran Mendengar
2) Contoh P&P Kemahiran Bertutur
3) Contoh P&P Kemahiran Membaca
4) Contoh P&P Kemahiran Menulis
5) Contoh P&P Kemahiran Sistem Bunyi
6) Contoh P&P Kemahiran Tatabahasa
7) Contoh P&P Kemahiran Menyanyi
8) Contoh P&P Angka dan Bilangan
9) Contoh P&P ‘Coral Speaking’ (كلام الجماعي)
10) Contoh P&P Ulangkaji






.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)






















