20 Julai 2009

Keputusan Kajian Tindakan

Alhamdulillah, Pagi tadi saya telah menerima sms yang mengatakan bahawa Laporan Kajian Tindakan saya telah terpilih untuk finalis peringkat akhir pertandingan Kajian Tindakan Peringkat daerah Pontian. Ini semua hasil sebuah pengorbanan masa, tenaga, dan ikhtiar untuk meningkatkan lagi khususnya matapelajaran Bahasa Arab.

Pertandingan Kajian Tindakan Sekolah Rendah Peringkat daerah Pontian akan di adakan di SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian, pada jam 2 petang.

Saya tidak berniat untuk mendapatkan tempat pertama(johan) dalam pertandingan tersebut. apa yang saya hendak dan niatkan adalah perkongsian ilmu yang mana boleh digunakan oleh sesiapa juga kerana sama-sama ingin membantu dalam mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam Bahasa Arab. Ini adalah titik permulaan saya untuk bersama-sama mencari dan terus membuat kajian tindakan agar penemuan-pebemuan dapat di cipta dan berguna.

Sekian.

1 Komen:

miorjqaf berkata...

Baguslah enta ni.. Saya puji dan tumpang bangga dgn org yg punya prinsip macam enta. Tahniah.. teruskan usaha anda. Semoga berjaya dengan lebih cemerlang.

Template by - Abdul Munir - 2008