Memaparkan catatan dengan label 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2010. Papar semua catatan

20 April 2010

Kamus Mubtadi'






..::RM12.90 SAHAJA::..


Dapatkan segera (Kamus Al-Mubtadi') yang disusun mengikut sukatan pelajaran terkini berpandukan buku teks Bahasa Arab Tahun 1-6. Untuk dapatkannya, sila hubungi Ustaz Mohamad Syahmi di talian 012 - 445 6915 (Daerah Kuala Muda / Yan, Kedah) atau dapatkan terus kamus berkenaan di SK Gurun (P). Boleh juga pesan kat Ust Arifin di SK. Parit Patah, Pontian, Johor.

Kamus Bahasa Arab Al-Mubtadi' Edisi Terkini 2010 :

* Disusun mengikut sukatan pelajaran terkini berpandukan buku teks tahun 1-6
* Sesuai sebagai bahan rujukan dan bacaan untuk guru, pelajar dan ibubapa
* Membantu pelajar berdikari dalam mencari makna perkataan dengan cepat, mudah dan tepat

p/s : Tiada desakan dan paksaan utk membeli Kamus ini. Hanya sebagai memudahkan murid utk mengulangkaji di rumah.

28 Mac 2010

Mesyuarat PIBG 2010





07 Mac 2010

Kenali Rasulullah S.A.W. - Manusia Agong

Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta“. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.

Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati Hari Valentine (kelahiran paderi ‘ St. Valentino ‘ ) daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?

Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

I Love Rasulullah SAW

I Love Rasulullah SAW

BIODATA ASAS RASULULLAH SAW

  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

  • Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

  • Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
  • Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

  • Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
  • Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

  • Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

Cop Mohor Rasulullah s.a.w

USIA 53 TAHUN

  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

  • Khadijah Binti Khuwailid.
  • Saudah Binti Zam’ah.
  • Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  • Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  • Zainab Binti Jahsy.
  • Maimunah Binti Harith.
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

  • Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
  • Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN

  1. Thuwaibah Hamzah
  2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN

  1. Halimah Al-Saidiyyah
  2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
  3. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
  4. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
  5. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

  1. Al-Harith
  2. Muqawwam
  3. Zubair
  4. Hamzah ***
  5. Al-Abbas ***
  6. Abu Talib
  7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
  8. Abdul Ka ‘ bah
  9. Hijl
  10. Dhirar
  11. Umaimah
  12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
  13. Atiqah ##
  14. Arwa ##
  15. Umaimah
  16. Barrah
  17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Mari kita hayati Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) ini :

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

NABI MUHAMMAD S.A.W. secara lahiriahnya, begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.
  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  • Wajahnya seperti bulan purnama.
  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
  • Rambutnya sedikit ikal.
  • Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
  • Rambutnya terbelah di tengah.
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
  • Seimbang antara kedua bahunya.
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..
  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
  • Warna putihnya lebih banyak.
  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
  • Warna kulitnya putih tapi sihat.
  • Kulitnya putih lagi bercahaya.
  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
  • Badannya tidak gemuk.
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
  • Perutnya tidak buncit.
  • Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agong yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Kita mestilah menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola dan contoh ikutan. Banyakkan berselawat ke atas baginda SAW. Semoga baginda memberikan syafa’atnya kepada kita semua di akhirat kelak, insyaAllah.

**Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin…

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak. **

Sekian...

11 Februari 2010

Pertandingan Hoki Zon Bandar Pontian 2010

Pemain Hoki SK. Parit Patah

Penonton menyaksikan perlawanan hoki yang sedang berlangsung

Barisan Peserta hoki yang berjaya


SK Parit Patah mendapat tempat ketiga.

Alhamdulillah, selesai sudah Pertandingan Hoki peringkat Zon Bandar (pontian) yang mana SK. Parit Patah sebagai tuan rumah yang mengelolakan pertandingan ini. Semuanya berjalan lancar dengan setiap apa yang telah dirancangkan.

Terima Kasih kepada semua Guru-guru yang terlibat bagi menjayakan Pertandingan Hoki ini.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

04 Februari 2010

Kejohanan Olahraga SKPP 2010





Ini adalah sisipan antara gambar-gambar yg sempat di masukkan dalam blog SKPP setelah mendapat permintaan utk melihat gambar-gambar Olahraga 2010



Peserta-peserta bersiap sedia dalam acara 200meter


Para Ibubapa turut sama meraikan Kejohanan Olahraga SKPP 2010


Peserta Perbarisan sedang mengaminkan bacaan Doa


Rumah Biru bergambar (Juara)

Keputusan Individu :-

1) Olahragawan = Mohd Suhairi Bin Junaid (Kuning)

2) Olahragawati = Nur'Ain Binti Nazarali (Biru)

3) Tunas Olahragawan = Mohd Razif Bin Razman (Kuning)

4) Tunas Olahragawati = Nur Amira Binti Zulkifli (Kuning)


Keputusan Perbarisan :-

1) Rumah Biru
2) Rumah Kuning
3) Rumah Merah


Keputusan Keseluruhan :-

1) BIRU (189 Mata)

2) KUNING (169 Mata)

3) MERAH (121 Mata)



25 Januari 2010

Ikrar Badan Pengawas dan Pustakawan

Barisan Pustakawan sedang berikrar

Barisan Pegawas sedang berikrar


Ketika Majlis Perhimpunan Rasmi Sekolah pada Hari Isnin seperti biasa, pelantikan pengawas dan pustakawan berlangsung serta bacaan Ikrar bagi mengangkat amanah supaya bertanggungjawab melaksanakan amanah yang diberikan.

Perhimpunan Rasmi dan Berkabung

Pengawas yang bertugas


Luruskan Barisan

Hadapan angkat


Pada pagi ini, seluruh rakyat negeri johor telah berkabung setelah kemangkatan Sultan Johor pada Hari Jumaat yang lepas. Murid-murid dan guru lelaki memakai songkok hitam dengan lilitan putih dan murid-murid serta guru perempuan memakai tudung berwarna putih.

Alhamdulillah, pada malam tadi saya telah bersedia menyediakan lilitan putih pada songkok untuk digunakan pada hari ini dan seterusnya selama seminggu bagi tempoh berkabung oleh rakyat biasa berbanding kerabat diraja yang dikehendaki bergabung selama 40 hari.

Dengan itu juga, segala aktiviti sukan serta kegiatan kokurikulum turut ditangguhkan selama seminggu. Pada awal rancangan, Pihak sekolah telah memutuskan untuk mengadakan Kejohanan Olahraga Peringkat Sekolah pada Hari Rabu dan Khamis ini (27 - 28 Januari 2010) tetapi ditangguhkan pada tarikh yang akan di beritahu kemudian.


23 Januari 2010

SULTAN JOHOR MANGKAT


AL-FATIHAH / الفاتحة

Almarhum Sultan Iskandar dimakamkan hari ini



JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 78, mangkat malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini pada pukul 5 petang kelmarin kerana gering.

Baginda yang memerintah Johor selama hampir tiga puluh tahun mangkat pada pukul 7.15 malam.


ALMARHUM Sultan Iskandar (dua dari kiri) bersama Raja-raja Melayu (dari kiri), Tuanku Mizan Zainal Abidin, Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menghadiri majlis sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah di Alor Setar pada 22 Julai 2008.


Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang media di kediamannya di sini.


Sebelum itu, pada sebelah petang, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail dilantik sebagai Pemangku Raja berikutan kegeringan ayahandanya.


ABDUL GHANI ketika mengumkan kemangkatan Sultan Iskandar di Johor Bahru malam tadi.


Jenazah Sultan Iskandar dibawa ke Istana Besar di sini menaiki ambulans hospital pada pukul 11.20 malam. Istiadat pemakaman akan diadakan di Makam Diraja Mahmoodiah di sini pada pukul 2 petang ini. Sejam sebelum itu, majlis pertabalan sultan baru akan diadakan di Istana Besar sebelum jenazah baginda dimakamkan.



Seluruh warga Sek. Keb Parit Patah, Pontian, Johor merafak takziah kepada kerabat diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.


p/s : Dukacitanya di maklumkan secara Rasmi DYMM Sultan Johor telah mangkat. Oleh itu, Semua Sekolah Negeri Johor dicutikan(sekolah ganti) dan semua aktiviti-aktiviti sekolah di batalkan.

Tarikh baru hari persekolahan ganti tersebut akan diselaras dan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak Jabatan Pelajaran Johor.

Sekian.

01 Januari 2010

Salam Tahun Baru 2010




Selamat Tahun Baru 2010. Kini bermulalah Tahun Baru dalam 2010. Semoga Pada Tahun Ini Kita dapat membina AZAM baru dan berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan pada Tahun Lepas.

Yang sudah berlalu jadikan KENANGAN.
Yang akan datang jadikan CABARAN.

Marilah kita sama-sama, Khasnya kepada Warga SKPP untuk memajukan lagi tahap Pendidikan anak bangsa dengan lebih komited lagi. Bersama-sama memikul tugas yang telah di amanahkan dengan Ikhlas dan terbuka. Semoga segala pengorbanan akan di balas oleh Allah di akhirat sana.

Azam 2010 bagi pengurusan j-QAF di SKPP :-

1) Memantapkan lagi proses P&P dengan lebih berkesan

2) Menguruskan fail dan dokumen dengan lebih teratur

3) Melaksanakan Tasmik dengan lebih baik

4) Melaksanakan Kem Bestari Solat sepnuhnya

5) Sifar murid Buta Huruf, Jawi dan Al-Quran di Tahun 2, 3 dan 4

Semoga semuanya akan dapat dilaksanakan dengan bantuan guru-guru lain dan kerjasama oleh semua murid dan Ibubapa amat diharapkan.

Mohon semuanya mendoakan......

Demi Agama tercinta...

Template by - Abdul Munir - 2008