28 Julai 2009

Keputusan Akhir Kajian Tindakan Peringkat Daerah Pontian


Pembentangan Kajian Tindakan


Alhamdulillah, selesailah sudah pembentangan Kajian Tindakan Peringkat Akhir Daerah Pontian yang mana telah diadakan di SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian bagi kategori sekolah rendah. Terdapat 7 peserta yang membentangkan hasil kajian tindakan masing-masing dengan sungguh berkesan sekali.

Keputusan telah dibuat oleh juri/hakim yang mana kajian tindakan saya telah dipilih untuk mewakili daerah pontian ke pertandingan kajian tindakan peringkat negeri. Saya tidak percaya, kerana saya melihat terdapat ramai lagi hasil kajian tindakan daripada sekolah lain sungguh mantap dan penuh dengan inovasi yang baik.



Peringkat Akhir Daerah Pontian



Saya sebenarnya tidak mengharapkan kemenangan ini, cukuplah saya menimba ilmu dan pengalaman dalam membuat kajian tindakan yang telah di amanahkan kepada saya oleh pihak sekolah. Oleh kerana kepercayaan yang diberikan oleh pihak hakim dan juri, maka saya akan cuba memantapkan dan memperbaiki lagi kajian tindakan saya yang simple dan tidak lah begitu hebat berbanding dengan hasil kajian tindakan oleh peserta lain.

Terima Kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam proses saya menjalankan kajian tindakan saya ini.

0 Komen:

Template by - Abdul Munir - 2008