.jpg)
.jpg)
.jpg)
Ini adalah gambar Pertandingan Gusti Tangan Murid-murid tahun 6 yang mana adalah sebahagian daripada aktiviti selepas UPSR.
Pertandingan ini dijalankan pada 5 Oktober 2009.
Cari Blog Ini
Mutiara Kata
Kalender
Islamic Clock
Profile Admin
- Ust_Ipin
- MOHD ARIFIN BIN KASMON Guru j-QAF Bahasa Arab Sek. Keb. Parit Patah, Pontian, Johor. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman Universiti Sains Islam Malaysia
Nama Diri
| MOHD ARIFIN | |
| M | Mesra |
| O | Oportunis |
| H | Harum |
| D | Dinamik |
| A | Amanah |
| R | Ramah |
| I | Ikhlas |
| F | Fleksibel |
| I | Idealistik |
| N | Naif |
| Apa ada pada nama? | |
Labels
- Lain-lain (22)
- j-QAF (21)
- 2010 (9)
- Sukan (5)
- UPSR (4)
- Gambar (3)
- Sambutan (3)
- Disiplin (2)
- Guru (2)
- Maklumat Sekolah (2)
- Badan Beruniform (1)
- GPK HEM (1)
- Motivasi (1)
- Peperiksaan (1)
- Program Agama (1)
- Sejarah (1)
Follow
Senarai Blog Saya
-
-
Amalan Terbaik PdP13 tahun yang lalu
-
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 201114 tahun yang lalu
-
-
-
Liga Perdana Inggeris EPL
Radio Online
Komen
18 Oktober 2009
Program Pertandingan Gusti Tangan (Thn 6)
21 September 2009
Selamat Hari Raya
Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430 ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Ucapan orang Arab dan sunnah Nabi pula ialah تقبل الله منا ومنكم dan كل عام وأنتم بخير. Semoga Ramadhan lalu dapat menjana kemenangan untuk kita dengan membesarkan Ilahi. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahil Hamd.
اللهُُ اَكْبَرُ اللهُُ اَكْبَرُ اللهُُ اَكْبَرُ
لا إلهَ إلا اللهُ وَاللهُُ اَكْبَرُ
اللهُُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
اللهُُ اَكْبَرُ كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحانَ اللهِ بُكْرَةً وَأصِيْلا.
لا إلهَ إلا اللهُ وَلا نَعْبُدُ إلا إيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لهُ الدِّيْنَ , وَلَوْ كَرِهَ المُشرِكُوْنَ / الكافِرُوْنَ / الظالِمُوْنَ / الفاسِقُوْنَ / المُنَافِقوْنَ.
لا إلهَ إلا اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ
لا إلهَ إلا اللهُ وَاللهُُ اَكْبَرُ
اللهُُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
18 September 2009
Majlis Khatam Al-Quran di Bulan Ramadhan
Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran telah dijalankan dengan jayanya. Majlis dimulakan pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Aturcara Majlis :
- Majlis Khatam Al-Quran
- Doa Khatam Al-Quran
- Persembahan Nasyid Tahun 6
- Ucapan Guru Besar
- Tazkirah Ringkas Hari Raya AidilFitri
- Penyampaian Hadiah, Pulut kuning dan bunga telur kepada peserta Khatam
Antara Pengisian dan isi Penting Tazkirah ialah :-
1) Amalan Pada Malam Hari Raya
- Banyakkan pelbagai Ibadah dengan Solat2 Sunat (Hajat, Taubat, Tahajjut dan Tasbih)
- Banyyakkan Bertakbir Hari Raya
- Bagun malam (Qiamullail)
- Doa Mustajab pada malam ini (Malaikat turun mencari Hamba yg beribadah)
2) Amalan Pada Hari Raya AidilFitri
- Bagun awal pagi, perbanyakkan bertakbir
- Sebelum Menunaikan Solat Sunat AidilFitri
1- Mandi Sunat AidilFitri
2- Potong kuku
3- Pakai pakaian Baru (berwarna-warni)
4- Makan dahulu sedikit (jamu selera sebentar)
- Sentiasa bertakbir Hari Raya
- Pergi dan balik ke surau/masjid dengan melalui jalan yg berasingan
- Selepas kembali daripada surau/masjid, sebelum memasuki rumah, digalakkan berdoa seketika apa yg dihajatkan kerana pada ketika itu, 700 ribu @ lebih malaikat akan mengiringi kita hingga ke rumah, jadi, sekiranya kita berdoa, malaikat akan mengaminkan segala doa dan hajat kita. Insya-Allah doa akan termakbul.
-Bermaaf-maafan sesama ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai
SEMOGA SEMUA AMALAN KITA AKAN DITERIMA OLEH ALLAH...
Ust Arifin & Isteri Ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA WARGA SK. PARIT PATAH.
SEMOGA SEMUA GEMBIRA DI HARI LEBARAN YANG BAKAL MENJELMA TIDAK LAMA LAGI...
04 September 2009
Kad Raya
Pertandingan Kemerdekaan
Sebelum Menghadapi UPSR

.jpg)
.jpg)

Inilah Murid-murid bakal menduduki UPSR pada hari Selasa ini.
Saat-saat akhir sebelum menduduki peperiksaan sebenar UPSR. Semua warga Guru amat risau dan bimbang terhadap semua untuk menghadapi UPSR pada tahun ini 2009.
Semoga Kalian semua dapat menjawab dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang 5A yang boleh membanggakan diri sendiri, ibuBapa, guru-guru dan sekolah tercinta.
Kami guru-guru mendoakan semua..
Selamat MAJU JAYA... GOOD LUCK....
21 Ogos 2009
Hijjaz - Ramadhan Bulan Berkat
Selamat Menyambut Bulan yang mulia, Bulan Al-Mubarak Ramadhan Karim..
Marilah kita tingkatkan amal Ibadah kita dengan semaksimum yang mungkin. Semoga segala Ibadah kita akan di terima oleh Allah...
Amiiiiiiiiiiin...
13 Ogos 2009
Al-Fatihah Buat Asri (Ketua Kumpulan Rabbani)

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.
Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.
Masih teringat lagi Lagu Rabbani yang bertajuk
" PERGI TAK KEMBALI "
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Al-Fatihah Buat Saudara Asri Ibrahim...... Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat...Amin....
11 Ogos 2009
03 Ogos 2009
30 Julai 2009
Mesyuarat RIMUP kali - 2
Masa : 9.00pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Parit Patah
Hari : Rabu
Masa : 2.00 - 6.00petang
Tempat : STMI 2
Sasaran murid : 10murid x 5 buah sekolah = 50 Murid
Guru Terlibat : 5 guru x 5 buah sekolah = 15 Guru
Program : Semangat Patriotik sempena bulan kemerdekaan
Aktiviti : Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik
: Permainan Cantum Bendera
Permainan Mengenal Perdana Menteri
Permainan Teka Silangkata
Permainan menguji ingatan Lagu Neagarku, Rukun Negara
Permainan mengenali Pakaian Tradisional di Malaysia
Mudah-mudahan segala perancangan yang akan dibuat berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang penuh oleh semua pihak..
p/s : Muat Turun Lagu Patriotik untuk pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik di ruangan Muat Turun disebelah kiri Blog ini. Terima Kasih.
28 Julai 2009
Keputusan Akhir Kajian Tindakan Peringkat Daerah Pontian
.jpg)
Pembentangan Kajian Tindakan
20 Julai 2009
Keputusan Kajian Tindakan
Sekian.
02 Julai 2009
Pembentangan Kajian Tindakan
Justeru, saya telah memperkenalkan kepada mereka dengan teknik ketawa...
Saya menunjukkan gambar ini
Saya tunjukkan gambar ini kepada murid-murid... saya suruh mereka ketawa dengan cara "KAKAKAKAK...!!!" untuk mengaitkan apabila jumpa perkataan arab pada akhir kalimah, yang ada huruf Khaf berbaris atas, itu menunjukkan lelaki.
30 Jun 2009
Kajian Tindakan oh Kajian Tindakan
Belajar Bahasa Arab Sambil Ketawa
Dalam Membezakan Lelaki dan Perempuan tahun 3
2) Semua apa yang saya sampaikan dapat difahami oleh juri dan juga penonton.
4) Semoga segala usaha yang saya hasilkan ini dapat diterima pakai untuk kegunaan bersama.
29 Jun 2009
16 Jun 2009
PELAKSANAAN UJIAN SARINGAN UKM-PERMATApintar PERINGKAT NEGERI JOHOR
Tarikh : 26 Mei 2009.
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Johor.
Tuan / Puan,
PELAKSANAAN UJIAN SARINGAN UKM-PERMATApintar PERINGKAT NEGERI JOHOR
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa status murid di negeri Johor yang telah mengambil Ujian Saringan UKM 1 sehingga 20 Mei 2009 tidak menunjukkan perkembangan yang menggalakkan (kurang daripada 6,000 orang)
4. Jadual Pelaksanaan Ujian Saringan UKM-PERMATApintar ( rujuk di LAMPIRAN 2 ) perlu di hantar ke PPD masing-masing ( u.p : Penolong PPD SPK ) pada atau sebelum 5 Jun 2009.
5. Satu salinan Senarai Nama Murid-murid yang telah menduduki ujian tersebut ( rujuk di LAMPIRAN 3 ) perlu dihantar ke PPD masing-masing (u.p : Penolong PPD SPK ) pada atau sebelum 29 Jun 2009.
6. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi
6.2 En. Sazali bin Abd. Hamid, Pen. Pengarah Pemulihan Khas JPN Johor di talian 013-7426084
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan / puan.Terima kasih
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
( HJ. MD AMIN BIN ANIS )
Ketua Sektor
Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
b.p Pengarah Pelajaran Johor.
s.k. 1. Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
2. Semua PPD JPN Johor
TRANSFORMASI PENDIDIKAN
KUALA LUMPUR 12 Jun , Utusan Malaysia Online– Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, transformasi tersebut akan melibatkan
beberapa perubahan dari segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah.
“Kami akan buat perubahan dari segi kandungan kurikulum supaya ia menjadi lebih menarik dan seronok serta tidak membebankan pelajar.
“Kita nak wujudkan konsep ‘pelajar berlari ke sekolah dan berjalan pulang ke rumah’ sebagai menunjukkan betapa mereka seronok dan teruja untuk menimba ilmu di sekolah,’’ katanya ketika berucap merasmikan sambutan hari guru peringkat daerah Hulu Langat di sini hari ini.
Alimuddin berkata, selain kurikulum, transformasi tersebut juga akan melibatkan perubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan.
Menurutnya, melalui sistem penilaian baru itu, prestasi para pelajar akan dinilai sejak mereka berada di tahun satu lagi.
“Ini bermakna ketika pelajar-pelajar itu menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), peperiksaan mereka melibatkan silibus yang kecil sahaja kerana mereka telah dinilai sejak awal lagi,’’ jelasnya.
Beliau memberitahu, sistem yang bakal dilaksanakan itu akan menggunakan sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan di universiti.
Menurut Alimuddin lagi, tahun ini sebanyak 50 sekolah telah dipilih sebagai perintis bagi melaksanakan transformasi tersebut dan ia akan diteruskan kepada 500 buah lagi pada tahun hadapan serta ke seluruh negara menjelang 2010.
Beliau berharap, melalui mekanisme transformasi itu, lebih ramai pelajar yang bermutu, berilmu pengetahuan dan berdisiplin dapat dilahirkan menjelang tahun 2020.
“Pelajar-pelajar yang berada di peringkat sekolah sekarang ini akan berusia antara 20 hingga 30 tahun menjelang 2020 dan produktiviti mereka sangat diperlukan untuk memajukan negara,’’ katanya.
Selepas Menghadiri Kursus dalam Slot TRANSFORMASI PENDIDIKAN, saya amat tertarik dengan perubahan yang bakal dilaksanakan pada tahun 2010 atau 2011. Banyak Konsep yang terdapat perubahan iaitu :-
1) Wujudnya KSPK(Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan) dan
KSSR(Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
2) Konsep 3M kepada 4M iaitu Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul
3) Tahap 1 = Terdiri daripada Murid Tahun 1 dan 2
Tahap 2 = Terdiri daripada Myrid Tahun 3,4,5 dan 6
4) Masa P&P Matapelajaran Bahasa Arab di naikkan kepada 5 masa (150 Minit)
5) Wujud Matapelajaran baru di Sekolah Rendah iaitu sejarah, Rekabentuk dan Teknologi ICT
* Ini adalah hasil dapatan saya dan perkara ini adalah di dalam perancangan lagi yang mana belum ada kata putus akan dilaksanakan pada masa akan datang. Tetapi saya telah difahamkan terdapat beberapa sekolah yang dilantik untuk menjadi Perintis Pelaksanaan ini pada tahun 2009.
Akhirnya.. Sama-samalah kita tunggu dan lihat...







.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



















