25 Jun 2008

Pendedahan Eksklusif! Buku baru Bahasa Arab Tahun 2 (2009)

Hari ini, para Guru Bahasa Arab Daerah Gombak telah selesai menghadiri satu kursus yang sangat tidak ternilai. Kami telah diberikan pendedahan tentang Penggunaan Buku-buku Bahasa Arab Tahun 2 (2009) oleh Ustaz Hamdan bin Muda, Pegawai Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia.

Syukur kepada Allah SWT kerana beliau telah memberitahu kami bahawa kami telah terpilih sebagai kumpulan guru yang pertama di Malaysia (taklimat kepada para JU peringkat kebangsaan pun belum lagi) diberi pendedahan tentang buku-buku yang baru itu. Buku-buku baru yang dimaksudkan ialah Buku Teks (BT), Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) dan Buku Panduan Guru (BPG) Bahasa Arab Tahun 2 (2009).

Bukan sahaja fail powerpoint taklimat beliau telah kami dapat, tetapi beliau telah mengizinkan kami ‘menyedut’ ketiga-tiga buku tersebut dalam bentuk softcopy, alhamdulillah.

Mari kita lihat apa keistimewaan buku-buku ini.

A. Buku Teks (كتاب التلميذ):
1) Kulit Buku yang berwarna dan bergambar lebih menarik dari Tahun 1.
2) Setiap Unit terdiri daripada 6 komponen iaitu Objektif, Kemahiran Bahasa, Perkataan dan Frasa, Sistem Bunyi, Tatabahasa dan Nilai Akhlak.
3) Hasil Pembelajaran di setiap muka surat.
4) Disertakan 2-3 perkataan baru di setiap muka surat.
5) Isi Kandungan pelajaran yang menekankan pertuturan, mengambil kira kesesuaian pembinaan ayat dan penyusunan tajuk-tajuk yang mengikut aras dan tahap murid.
6) Penggunaan Ikon dan Warna yang menggambarkan fungsi tertentu.
7) Setiap unit adalah 8 muka surat yang merangkumi Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca, Menulis, Angka dan Bilangan dan Sistem Bunyi (Huruf atau Perkataan).
8) Aktiviti Bahasa disediakan di setiap muka surat dan Ulangkaji di akhir setiap unit manakala Ulangkaji Menyeluruh di akhir buku.
9) Gambar dan Ilustrasi menarik.
10) Bahasa dan Istilah mengikut peringkat unit dan tahap murid.
11) Arahan untuk murid membuka BLA mengikut muka surat yang sama dalam BT.

B. Buku Latihan dan Aktiviti (كتاب التدريبات):

C. Buku Panduan Guru (كتاب مرشد المعلم):
Sama seperti buku panduan sebelum ini, ia disediakan untuk memberi panduan kepada guru dalam P&P, antaranya:
1) Contoh P&P Kemahiran Mendengar
2) Contoh P&P Kemahiran Bertutur
3) Contoh P&P Kemahiran Membaca
4) Contoh P&P Kemahiran Menulis
5) Contoh P&P Kemahiran Sistem Bunyi
6) Contoh P&P Kemahiran Tatabahasa
7) Contoh P&P Kemahiran Menyanyi
8) Contoh P&P Angka dan Bilangan
9) Contoh P&P ‘Coral Speaking’ (كلام الجماعي)
10) Contoh P&P Ulangkaji

1 Komen:

redha berkata...

Salam. Diharapkan dapatlah diupload softcopy bukuteks bahasa arab tu sebagai amal jariah utk guru-guru jqaf yang lain seluruh malaysia seperti saya yang amat memerlukan BBM berbentuk gambar seperti di dalam buku teks, sekian terima kasih

Template by - Abdul Munir - 2008