Memaparkan catatan dengan label UPSR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UPSR. Papar semua catatan

10 September 2009

Dewan Peperiksaan UPSR 2009




Inilah dia suasan dewan peperiksaan UPSR 2009 di SKPP. Di sinilah murid-murid tahun 6 berjuang untuk mendapatkan 5A UPSR. Tempat inilah yang akan menjadi kenangan semua ketika mendapat keputusan akhir tahun nanti...

Salam Maju Jaya..

08 September 2009

Hari Peperiksaan UPSR 2009


Cikgu Zarinah mengatakan sesuatu kepada murid-murid Tahun 6 sebelum masuk ke dewan




Kata-kata dan pesanan terakhir Cikgu Zarinah sebagai Guru Matematik Tahun 6


Murid-murid beratur sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan

Maka dengan ini, bermulalah perjuangan anak-anak muridku Tahun 6 berjuang dalam menjawab UPSR 2009 bagi mengharapkan kecemerlangan. Kami guru-guru mendoakan kalian semua agar dapat menjawab semua soalan dengan mudah dan seterusnya beroleh kejayaan mendapat 5A UPSR 2009.

Ini adalah hari pertama (Selasa / 8hb September 2009)

Peperiksaan

Bahasa Melayu (kertas 1),
Bahasa Melayu (kertas 2),
Matematik (kertas 2).

Semoga beroleh kecemerlangan mendapat 5A

16 Julai 2009

Peperiksaan UPPM 3 (UPSR)

Minggu ini adalah minggu peperiksaan bagi murid-murid tahun 6 iaitu UPPM 3 (Ujian Pengesahan Prestasi Murid) 2009. Ia dijalankan serentak satu malaysia dan soalan di bina oleh JPN masing-masing. Ini adalah saat-saat terakhir murid-murid tahun 6 kahsnya untuk bersedia dan mengukur sejauhmana murid-murid menyiapkan diri untuk menghadapi Peperiksaan sebenar UPSR nanti.

Semua guru-guru risau dan bimbang dengan perkara ini, malah terdapat guru-guru yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan kelas tambahan dan sebagainya. Namun ada juga murid-murid yang tidak sedar akan hal ini dengan tidak mempedulikan tentang UPSR ini.

Maka pihak sekolah telah memikirkan pelbagai program, di antaranya ialah sesi ceramah cara menjawab soalan, kem motivasi, solat hajat ibu bapa dan murid, dan berbagai-bagai lagi. Ini adalah usaha bagi membantu murid-murid untuk memotivasikan diri dan menyakinkan diri untuk bersedia menghadapi Peperiksaan sebenar UPSR.


25 Jun 2008

Target UPSR Tahun 2008

Pada tahun ini, kami warga pendidik ingin mensasarkan bahawa target murid yang akan mendapat UPSR 5A adalah melebihi 10 orang yang mana juga ia adalah saranan daripada pemantauan yang dibuat oleh Pegawai Daerah Pontian, PPD, Pontian.. Semoga segala cita-cita dan sasaran ini menjadi keyataan.

Template by - Abdul Munir - 2008