25 Jun 2008

Laporan E-Setup j-QAF 2008

"Ustaz, nanti naik ke pejabat ye ambil surat PPD ni, pasal Laporan E-Setup j-QAF". Tiba-tiba kerani yang baik hati telefon saya yang tengah mengajar di dalam kelas.

"Hah? Ok, nanti lepas habis kelas saya pergi ambil". Balas saya dalam keadaan agak terkejut.

Lepas ambil surat tu, saya perhatikan tajuknya: "Taklimat Laporan E-Setup j-QAF 2008". Fuh, lega betul hati saya melihatkan perkataan "Taklimat", bukannya "Penghantaran". Masakan PPD meminta kami menghantar laporan tersebut sedangkan kami belum diberi taklimat tentang format baru versi barunya.
Alhamdulillah, pada hari Khamis lepas, para 'Guru Pendidikan Islam yang mahir komputer' (seperti yang tertera dalam surat PPD) telah diberi taklimat Laporan E-Setup j-QAF 2008 versi yang baru.

Saya lihat, versi baru ni ada sedikit perubahan pada kosmetiknya. Cara mengisi data, eksport dan import sama sahaja seperti tahun-tahun lepas.
Macam-macam kaedah dan cara kami lakukan bagi menyelesaikan pengisian data ini. Bagi saya, saya akan laksanakan pengisian data dalam e-setup ini seorang diri hanya dengan menggunakan laptop saya sahaja.
Apa guru-guru Pendidikan Islam yang lain buat? Takkan goyang kaki sahaja?
Oh, tidak. Saya akan membuat agihan tugas dan meminta mereka menyediakan segala data yang berkaitan, contohnya:
Jawi Tahun 1 dan 2: Guru A
Jawi Tahun 3 dan 4: Guru B
Iqra'/Quran Tahun 1 dan 2: Guru C
Iqra'/Quran Tahun 3 dan 4: Guru D
Bahasa Arab Tahun 1 dan 2: Guru E
Bahasa Arab Tahun 3 dan 4: Saya sendiri
Kem Bestari Solat Tahun 1 dan 2: Guru A, B, C
Kem Bestari Solat Tahun 3 dan 4: Guru D, E, Saya sendiri
Bagi memudahkan pengisian data yang berlambak ini, saya akan meminta mereka melengkapkannya dalam bentuk 'softcopy'. Mudah untuk saya 'copy and paste'.
Inilah 'mazhab' saya. Lebih senang isi sendiri dan guna laptop sendiri. Asalkan bahan cukup, takde masalah. Kadang-kadang isi ramai-ramai, guna banyak laptop/pc menjadikan keadaan lebih serabut.

0 Komen:

Template by - Abdul Munir - 2008