02 Julai 2009

Pembentangan Kajian Tindakan

Alhamdulillah, selesailah sudah pembentangan/pertandingan suku akhir bagi daerah pontian (zon bandar) yang telah selamat diadakan di sk api-api pontian.

Di sini saya ingin menceritakan pengalaman pertama saya dalam membentangkan Laporan Kajian Tindakan saya yang bertajuk "BELAJAR BAHASA ARAB SAMBIL KETAWA DENGAN MEMBEZAKAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN TAHUN 3". Saya telah menjelaskan sepenuhnya kepada juri bagaimana saya melaksanakan teknik yang saya sendiri dapat Ilham daripada Allah jua.

Sesunguhnya sekiranya kita berusaha dan memohon munajat kepada Allah untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul, pasti Allah akan membantu hambanya. Saya telah menunjukkan teknik supaya murid-murid dapat faham dan ingat bagaimana murid hendak membezakan antara Muzakkar(Lelaki) dan Muannas(Perempuan). Perkara ini terjadi selepas saya membuat refleksi yang mana saya telah memberikan Ujian Pra 1 kepada murid-murid tahun 3, dan didapati ramai yang masih tidak menguasai dan keliru apa yang saya ajarkan di dalam kelas.

Justeru, saya telah memperkenalkan kepada mereka dengan teknik ketawa...

saya meminta pertolongan seorang guru sekolah ini untuk melukiskan gambar seorang lelaki ketawa dan seorang perempuan ketawa. hal ini bertujuan untuk saya membezakan ketawa antara lelaki dan perempuan.

Saya menunjukkan gambar ini


Saya tunjukkan gambar ini kepada murid-murid... saya suruh mereka ketawa dengan cara "KAKAKAKAK...!!!" untuk mengaitkan apabila jumpa perkataan arab pada akhir kalimah, yang ada huruf Khaf berbaris atas, itu menunjukkan lelaki.






Bagi gambar perempuan ketawa pula, saya telah menyuruh murid-murid ketawa cara orang perempuan ketawa dengan "KIKIKIKI....!!". Saya kaitkan, apabila berjumpa dengan huruf khaf berbaris bawah di akhir perkataan bahasa arab, maka itu menunjukkan kepada perempuan.


Apa yang di komen oleh juri ialah supaya nama tajuk tersebut di tukar kepada "BELAJAR BAHASA ARAB SAMBIL KETAWA DENGAN MEMBEZAKAN ANTARA MUZAKKAR DAN MUANNAS TAHUN 3". Itu sahaja.....


0 Komen:

Template by - Abdul Munir - 2008