16 Jun 2009

PELAKSANAAN UJIAN SARINGAN UKM-PERMATApintar PERINGKAT NEGERI JOHOR

Tarikh : 26 Mei 2009.


Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Johor.


Tuan / Puan,


PELAKSANAAN UJIAN SARINGAN UKM-PERMATApintar PERINGKAT NEGERI JOHOR

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa status murid di negeri Johor yang telah mengambil Ujian Saringan UKM 1 sehingga 20 Mei 2009 tidak menunjukkan perkembangan yang menggalakkan (kurang daripada 6,000 orang)

3. Sehubungan ini, semua murid yang berumur 9 hingga 15 tahun di sekolah -sekolah di negeri Johor digalakkan menduduki Ujian Saringan UKM-PERMATApintar. JPN Johor mensasarkan seramai 100,000 murid menduduki ujian ini. Bagi mencapai hasrat tersebut tuan/puan diminta memastikan sekurang-kurangnya 30% bilangan murid pada umur tersebut menduduki ujian ini yang boleh dijalankan secara online melalui website : http://www.permatapintar.com.my . Mekanisme pelaksanaan Ujian Saringan UKM 1 (rujuk di LAMPIRAN 1)

4. Jadual Pelaksanaan Ujian Saringan UKM-PERMATApintar ( rujuk di LAMPIRAN 2 ) perlu di hantar ke PPD masing-masing ( u.p : Penolong PPD SPK ) pada atau sebelum 5 Jun 2009.

5. Satu salinan Senarai Nama Murid-murid yang telah menduduki ujian tersebut ( rujuk di LAMPIRAN 3 ) perlu dihantar ke PPD masing-masing (u.p : Penolong PPD SPK ) pada atau sebelum 29 Jun 2009.

6. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi

6.1 Pegawai SPK di PPD masing-masing atau

6.2 En. Sazali bin Abd. Hamid, Pen. Pengarah Pemulihan Khas JPN Johor di talian 013-7426084

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan / puan.Terima kasih

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


( HJ. MD AMIN BIN ANIS )
Ketua Sektor
Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
b.p Pengarah Pelajaran Johor.

s.k. 1. Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
2. Semua PPD JPN Johor


0 Komen:

Template by - Abdul Munir - 2008