16 Julai 2009

Peperiksaan UPPM 3 (UPSR)

Minggu ini adalah minggu peperiksaan bagi murid-murid tahun 6 iaitu UPPM 3 (Ujian Pengesahan Prestasi Murid) 2009. Ia dijalankan serentak satu malaysia dan soalan di bina oleh JPN masing-masing. Ini adalah saat-saat terakhir murid-murid tahun 6 kahsnya untuk bersedia dan mengukur sejauhmana murid-murid menyiapkan diri untuk menghadapi Peperiksaan sebenar UPSR nanti.

Semua guru-guru risau dan bimbang dengan perkara ini, malah terdapat guru-guru yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan kelas tambahan dan sebagainya. Namun ada juga murid-murid yang tidak sedar akan hal ini dengan tidak mempedulikan tentang UPSR ini.

Maka pihak sekolah telah memikirkan pelbagai program, di antaranya ialah sesi ceramah cara menjawab soalan, kem motivasi, solat hajat ibu bapa dan murid, dan berbagai-bagai lagi. Ini adalah usaha bagi membantu murid-murid untuk memotivasikan diri dan menyakinkan diri untuk bersedia menghadapi Peperiksaan sebenar UPSR.


0 Komen:

Template by - Abdul Munir - 2008