18 September 2009

Majlis Khatam Al-Quran di Bulan Ramadhan


Majlis Khatam Al-Quran Oleh Ust Arifin dan murid-murid thn 3, 4 dan 5




Persembahan Nasyid murid-murid thn 6.
Lagu : 1) Kebesaran Al-Quran
2) Kembali



Ucapan oleh Tuan Guru Besar, Hj Mohd Samsuri Bin Melan




Tazkirah Ringkas oleh Ust Arifin Berkenaan Sambutan Hari Raya AidilFitri




Murid-murid berebut2 untuk menjawab soalan selepas tazkirah kerana dapat duit raya



Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran telah dijalankan dengan jayanya. Majlis dimulakan pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Aturcara Majlis :

- Majlis Khatam Al-Quran
- Doa Khatam Al-Quran
- Persembahan Nasyid Tahun 6
- Ucapan Guru Besar
- Tazkirah Ringkas Hari Raya AidilFitri
- Penyampaian Hadiah, Pulut kuning dan bunga telur kepada peserta Khatam


Antara Pengisian dan isi Penting Tazkirah ialah :-

1) Amalan Pada Malam Hari Raya

- Banyakkan pelbagai Ibadah dengan Solat2 Sunat (Hajat, Taubat, Tahajjut dan Tasbih)
- Banyyakkan Bertakbir Hari Raya
- Bagun malam (Qiamullail)
- Doa Mustajab pada malam ini (Malaikat turun mencari Hamba yg beribadah)

2) Amalan Pada Hari Raya AidilFitri

- Bagun awal pagi, perbanyakkan bertakbir
- Sebelum Menunaikan Solat Sunat AidilFitri
1- Mandi Sunat AidilFitri
2- Potong kuku
3- Pakai pakaian Baru (berwarna-warni)
4- Makan dahulu sedikit (jamu selera sebentar)

- Sentiasa bertakbir Hari Raya
- Pergi dan balik ke surau/masjid dengan melalui jalan yg berasingan
- Selepas kembali daripada surau/masjid, sebelum memasuki rumah, digalakkan berdoa seketika apa yg dihajatkan kerana pada ketika itu, 700 ribu @ lebih malaikat akan mengiringi kita hingga ke rumah, jadi, sekiranya kita berdoa, malaikat akan mengaminkan segala doa dan hajat kita. Insya-Allah doa akan termakbul.
-Bermaaf-maafan sesama ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai


SEMOGA SEMUA AMALAN KITA AKAN DITERIMA OLEH ALLAH...

Ust Arifin & Isteri Ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA WARGA SK. PARIT PATAH.

SEMOGA SEMUA GEMBIRA DI HARI LEBARAN YANG BAKAL MENJELMA TIDAK LAMA LAGI...

2 Komen:

syamira berkata...

kenapa sikit sangat masa majlis panjang lebar

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Template by - Abdul Munir - 2008