Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran telah dijalankan dengan jayanya. Majlis dimulakan pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Aturcara Majlis :
- Majlis Khatam Al-Quran
- Doa Khatam Al-Quran
- Persembahan Nasyid Tahun 6
- Ucapan Guru Besar
- Tazkirah Ringkas Hari Raya AidilFitri
- Penyampaian Hadiah, Pulut kuning dan bunga telur kepada peserta Khatam
Antara Pengisian dan isi Penting Tazkirah ialah :-
1) Amalan Pada Malam Hari Raya
- Banyakkan pelbagai Ibadah dengan Solat2 Sunat (Hajat, Taubat, Tahajjut dan Tasbih)
- Banyyakkan Bertakbir Hari Raya
- Bagun malam (Qiamullail)
- Doa Mustajab pada malam ini (Malaikat turun mencari Hamba yg beribadah)
2) Amalan Pada Hari Raya AidilFitri
- Bagun awal pagi, perbanyakkan bertakbir
- Sebelum Menunaikan Solat Sunat AidilFitri
1- Mandi Sunat AidilFitri
2- Potong kuku
3- Pakai pakaian Baru (berwarna-warni)
4- Makan dahulu sedikit (jamu selera sebentar)
- Sentiasa bertakbir Hari Raya
- Pergi dan balik ke surau/masjid dengan melalui jalan yg berasingan
- Selepas kembali daripada surau/masjid, sebelum memasuki rumah, digalakkan berdoa seketika apa yg dihajatkan kerana pada ketika itu, 700 ribu @ lebih malaikat akan mengiringi kita hingga ke rumah, jadi, sekiranya kita berdoa, malaikat akan mengaminkan segala doa dan hajat kita. Insya-Allah doa akan termakbul.
-Bermaaf-maafan sesama ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai
SEMOGA SEMUA AMALAN KITA AKAN DITERIMA OLEH ALLAH...
Ust Arifin & Isteri Ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA WARGA SK. PARIT PATAH.
SEMOGA SEMUA GEMBIRA DI HARI LEBARAN YANG BAKAL MENJELMA TIDAK LAMA LAGI...








.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


















2 Komen:
kenapa sikit sangat masa majlis panjang lebar
Catat Ulasan