14 Julai 2009

Alhamdulillah, Hasil Kajian Tindakan saya diterima

Syukur sangat-sangat kerana dapat mencari sesuatu cara bagi melaksanakan hasil kajian tindakan yang telah di amanahkan kepada saya. Sememangnya amat memenatkan dan meletihkan untuk menyiapkan kajian tindakan ini, tetapi setelah siap dan mendapat hasil yang boleh membantu, alangkah nikmatnya dan bersyukur sangat sebenarnya kita boleh melakukannya.

Pada 1 JULAI 2009(RABU) jam 2.00petang, saya telah membentangkan Laporan Kajian Tindakan saya di SK Api-api, Pontian yang mana ia adalah pertandingan peringkat suku akhir peringkat daerah Pontian bagi Kategori Sek Ren.

Alhamdulilah, hasilnya saya telah dapat meneruskan lagi ke peringkat seterusnya iaitu separuh akhir yang berlangsung di SK Api-api juga pada hari semalam 13 JULAI 2009(Isnin) jam 2.00petang.

Selain saya dapat berkongsi dengan para hakim dan peserta tentang kajian saya, saya amat beruntung kerana dapat menyaksikan lagi hasil kajian tindakan peserta lain yang sungguh berkesan. Antaranya ialah cara menghafal sifir 8 dengan menggunakan 10 jari dengan mudah. Saya akan menyebarkan ilmu ini kepada murid-murid saya di seklah. Inilah untungnya bila kita dapat membuat kajian tindakan, maka terdapat banyak lah perkara yang baru yang boleh membantu murid-murid kita dalam pelajaran.

Tajuk Kajian Tindakan saya ialah

"Belajar Bahasa Arab Sambil Ketawa dalam membezakan antara muzakar dan muannas Tahun 3"


Antara Komen yang diberikan oleh Hakim ialah:

Suku Akhir

- Tajuk lebih elok di tukar daripada "Belajar Bahasa Arab Sambil Ketawa dalam membezakan antara lelaki dan perempuan Tahun 3" kepada "Belajar Bahasa Arab Sambil Ketawa dalam membezakan antara muzakar dan muannas Tahun 3"
- Perbaiki Penulisan Laporan Kajian Tindakan(Memurnikan agi dengan bahasa yang cantik dan ringkas)
- Tidak perlu memasukkan nama murid bagi melampirkan bukti ujian yang telah dijalan. Tukarkan sahaj kepada murid A, Murid B, dll.


Separuh Akhir

- Seorang hakim menanyakan soalan "Mengapa ustaz mengatakan dapat menyakinkan murid dalam Kajian Tindakan untaz, saya tidak nampak dan bagaimana nak mengukurnya kenyakinan tersebut?". Saya jawab "murid dapat keyakinan diri dengan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan teknik yang saya gunakan, ini bermaksud, walaupun murid itu lemah sekalipun, tetapi setelah di kenalkan dengan teknik ini, murid tersebut ada keyakinan diri untuk menjawab, sebab sebelum ini, sekiranya murid yang lemah ini tidak tahu dan faham soalan itu, maka murid ini tidak akan menjawab kerana mereka tidak tahu nak jawab dan tulis apa pada jawapan tersebut, jadi hal ini dapat menyakinkan murid yang lemah untuk menjawab soalan"

- Seorang lagi hakim telah memberikan cadangan supaya objektif dalam Kajian Tindakan saya supaya lebih jelas dan tidak perlu banyak, cukup 3 objektif, sedangkan saya telah meletakkan 5 objektif.

Itulah pengalaman saya setakat ini yang mana pertama kali saya membentangkannya.

Terima Kasih di ucapkan kepada hakim di atas komen, soalan dan cadangan itu tadi.

0 Komen:

Template by - Abdul Munir - 2008