18 Jun 2009

Cabaran Pendidikan Masa Kini

Tugas seorang guru pada hari ini berbeza sekali berbanding zaman yang lepas. Banyak perkara yang perlu di lakukan bagi meningkatkan mutu Sisitem Pendidikan untuk anak bangsa kita. Apa yang penting adalah bagaimana sesuatu Ilmu Pengetahuan itu dapat disampaikan dan di amalkan oleh anak-anak didik kita.

Sebenarnya, kita sebagai guru, berperanan bukan hanya untuk menyampaikan ilmu semata-mata, tetapi lebih kepada penghayatan dan pengamalan sesuatu ilmu tersebut. Adakah sama orang yang ada ilmu dan orang yang berilmu?Ramai yang ada ilmu tetapi berapa ramaikah yang berilmu?

Sama-sama kita fikirkan kerana untuk melihat kemajuan pada masa akan datang dari apa jua aspek ialah dengan melihat kepada generasi pada masa kini. Banyak perkara yang kita perlu fikirkan bagi membina generasi dan kemajuan negara pada masa akan datang.



0 Komen:

Template by - Abdul Munir - 2008