16 Mei 2009

Selamat hari Guru


Hari ini adalah 16 Mei 2009 iaitu Hari guru di seluruh negara malaysia. Kami mengucapkan SELAMAT HARI GURU khas kepada guru-guru Sek Keb PArit Patah.

Kita akan buat sambutan hari guru pada 18 Mei 2009 ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan program yang bakal dijalankan. Kita telah membahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi selepas rehat. Pada awal pagi kita akan berhimpun seperti biasa dengan dimulakan bacaan asma ul-husna dan bacaan doa oleh Ust. Arifin. Seterusnya kita menyanyikan lagu rasmi perhimpunan dan ucapan perutusan Menteri Pelajaran dan Ketua pengarah.

Selepas itu, guru-guru akan menyanyikan lagu Guru Malaysia, Lagu tema dan ikrar guru di hadapan murid-murid. majlis diteruskan dengan aktviti permainan iaitu permainan Menjaring "Bola Jaring", anyam ketupat dan memukul bola hoki ke kon. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 peserta yang diwakili 2 guru lelaki, 4 guru perempuan dan 4 murid.

Selepas itu, kita akan berehat dan menjamu selera.

majlis diteruskan dengan acara dewan pula dengan persembahan2 murid kepada guru2...

Semoga dengan perancangan ini, majlis akan dapat dijalankan dengan lancar.

0 Komen:

Template by - Abdul Munir - 2008