Pada minggu lepas (19-22 Mei 2009) adalah minggu dimana murid-murid semua telah menjalani Peperiksaan Setengah Tahun bagi sesi 2009.
Pada Minggu ini, guru-guru sibuk menanda kertas jawapan untuk direkodkan sebelum Cuti Sekolah iaitu pada (1-12 Jun 2009) Selama 2 minggu. Masing-masing ingin menyiapkan dengan segera kerana tidak mahu mengganggu kerja-kerja sekolah pada waktu cuti nanti.
Ramai yang sudah merancang untuk balik kampung, berkelah, bercuti bersama keluarga dan ada yang sibuk untuk mengadakan kelas tambahan khasnya bagi tahun 6. Pada cuti sekolah ini, guru-guru telah merancang mengadakan kelas bagi murid-murid tahun 6 pada setiap hari Isnin-Jumaat. Ini adalah satu usaha bagi membantu murid-murid untuk bersedia dalam menghadapai peperiksaan UPSR yang bakal menjelma. Guru-guru sanggup mengorbankan masa dan tenaga semata-mata ingin membantu murid-murid cemerlang dalam UPSR 2009.
Semoga dengan usaha yang murni ini mendapat keberkatan Ilahi dan semoga mendapat pahala dan ganjaran yang tidak berbelah bagi di akhirat sana.

0 Komen:
Catat Ulasan