20 Julai 2011

Promosi Gerai TKRS Corner (Hari Kantin) 2011


Ini adalah Iklan untuk mempromosikan Gerai TKRS Corner bersempena Hari Kantin yang akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 22 Julai 2011
Masa : 10.00 - 11.50pagi
Hari : Jumaat
Tempat : Parkir Kereta Guru, Sek. Keb. Parit Patah.

Juga terdapat gerai-gerai lain seperti :-

1) Badan Pegawas
2) Badan Pustakawan
3) TKRS
4) PPI
5) Kelab Rukun Negara
6) Kelab Komputer
7) Kelab Kebudayaan
8) Panitia Pendidikan Islam

Dijemput Hadir....

Update Oh.. update.

Sudah sekian lama tidak update Blog Sekolah ini. Semua ini disebabkan kesibukkan kerja-kerja yang tidak pernah habis kerana setiap kali habis satu, ada lagi yang perlu dibuat. Bersambungan terus menerus.

Insya-Allah, dengan kesempatan yang ada, kita akan mencuba sedaya upaya untuk mengupdate setiap hari atau paling sukar seminggu sekali kita akan update Blog Sekolah ini.

Mohon kerjasama kepada semua, Guru-guru, murid-murid untuk memeriahkan lagi blog ini dan menyumbangkan idea-idea yang bernas untuk kepentingan bersama.

22 Mac 2011

Hoki




JUara Zon Bandar 2011

Bola Sepak Zon Bandar 2011


Result = Naib Juara...

05 Oktober 2010

Sekolah Contoh Jqaf

Check out this SlideShare Presentation:

10 Ogos 2010

Al-Quran (15 Dalam 1)




1. Al-Qur'an Terjemah Per Kata
2. Penterjemahaan Bahagian Agama
3. Tajwid Menggunakan Sistem Quantum Reading Qur'an
4. Panduan Hukum Tajwid
5. VCD Tutorial Sistem Quantum Reading Qur'an
6. Tafsir Al-Muyassar
7. Asbabunnuzul
8. Doa-doa dalam Al-Qur'an
9. Mukjizat Al-Qur'an
10. Indeks Al-Qur'an
11. Atlas Al-Qur'an
12. Kisah Para Nabi dalam Al-Qur'an
13. Zikir Al-Ma'surat
14. Intisari Ayat
15. Links to Related Articles

Contoh Halaman Mukasurat 37-38:

1. AL-QURAN TERJEMAHAN PER KATA


Syamil Al-Qur'an Terjemah Per Kata memparkan erti dalam bahasa untuk setiap perkataan dalam Al-Qur'an yang diletakkan betul-betul di bawah perkataan arab tersebut. Ia berfungsi sebagai Al-Qur'an tarbiyyah, membantu anda memahami maksud ayat-ayat Al-Qur'an, membimbing anda untuk belajar bahasa Al-Qur'an dan memudahkan anda menguasai bahasa Al-Qur'an.


Kelebihan yang akan anda prolehi ialah anda akan cepat memahami erti-erti ayat demi ayat yang sedang dibaca walaupun anda tidak membaca terjemahannya secara langsung. Ini kerana di dalam Al-Qur'an terdapat banyak perkataan yang berulang-ulang.
Selain itu, Al-Qur'an per Kata dilengkapi dengan pewarnaan tajwid yang memudahkan anda memahami ilmu tajwid melalui warna-warna tersebut.

2. PENTERJEMAHAN JABATAN AGAMA

Terjemahan Al-Qur'an ini adalah versi terbaru yang rasmi daripada Jabatan Agama RI yang merupakan rujukan utama penterjemahaan utama Al-Qur'an. Penterjemahan ini dinilai secara teliti dan cermat oleh Kumpulan Lajnah Pentashih Mushaf Al-Qur'an yang dimulakan pada tahun 2004. Terjemahan ini memberikan kemudahan bagi anda untuk memahami maksud setiap ayat yang anda baca.

3. TAJWID MENGGUNAKAN SISTEM QUANTUM READING QUR'AN

Metod pewarnaan tajwid yang digunakan oleh Syamil Al-Qur'an merupakan metod yang praktikal dan sistematik. Hal ini kerana:

1. Menggunakan Khat Resam Uthmani, yang bagus dan rapi, dan telah disesuaikan mengikut piawai Jabatan Agama RI.


2. Pewarnaan tajwid hanya menggunakan 4 warna iaitu biru, merah, hijau, dan hitam.

3. Setiap warna mempunyai fungsi yang berbeza yang dapat membantu anda membaca ayat-ayat Al-Qur'an secara tartil dan betul.

4. Dengan kesekataan warna tersebut, ia memudahkan dalam pembacaan yang sesuai dengan ilmu tajwid.

5. Pewarnaan tajwid tersebut menggunakan prinsip-prinsip Quantum Learning.

4. PANDUAN HUKUM TAJWID

Panduan hukum tajwid ini diletakkan pada setiap halaman.


Tujuannya untuk mempermudahkan anda melihat kembali aturan tajwid Quantum Reading Qur'an, sehingga anda dapat membaca Al-Qur'an secara tartil sesuai dengan contoh yang diamalkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam.

5. VIDEO TUTORIAL SISTEM QRQ

Quantum Reading Qur'an (QRQ) merupakan sebuah metod pembelajaran Al-Qur'an yang paling praktikal pada masa kini.


Metod ini sangat membantu dan memudahkan anda dalam membaca Al-Qur'an dengan bacaan yang tartil dan betul.
Di dalam VCD QRQ ini, anda akan temui 3 hal utama iaitu:

1. Bagaimana caranya agar anda boleh mengamalkan pembacaan
mad dan ghunnah secara konsisten.

2. Bagaimana caranya anda boleh fasih dalam pengucapan huruf-huruf
hijaiyah, sesuai dengan makharijul khuruf.

3. Bagaimana caranya agar anda boleh menguasai dan mampu melafazkan ayat-ayat
gharibah (ayat-ayat langka) secara baik dan betul.

6. TAFSIR AL-MUYASSAR

Tafsir Al-Muyassar diterbitkan oleh Rabithah Alam Islami, dengan karekteristik seperti berikut:

1. Menggunakan penafsiran bil ma'sur dengan memilih riwayat yang sahih.

2. Memilih perkataan dan bahasa yang praktikal serta mudah difahami.

3. Padat dan ringkas serta tidak ada pengulangan bahasan.

4. Merujuk kepada qira'ah Hafs bin Asim.

5. Tanpa menampakkan perbezaan qira'ah dan juga perbezaan struktur bahasa (I'rab).

6. Membiarkan kata-kata baku yang tidak dapat diterjemahkan.

7. Menunjukkan kaitan kandungan ayat-ayat dengan peraturan dan hukum keislaman.

7. ASBABUNNUZUL

Penyusunan Asbabunnuzul dalam setiap lembaran Mushaf Uthmani ini mencakupi perkara-perkara berikut:


1. Disusun berdasarkan lembaran Mushaf Uthmani dari salah satu ayat atau beberapa ayat yang berkaitan.

2. Mengutamakan periwayatan yang lebih tepat, dengan memperhatikan matan dari kandungan riwayat-riwayat tersebut.

3. Sumber rujukan utama penyusunan asbabunnuzul ini adalah kitab "Lubabunnuqul Fi Asbabinnuzul" karya imam Jalaluddin As-Suyuthi dan Kitab "Asbabunnuzul" Al-Wahidi.

4. Sumber-sumber lain ialah:

a. Kutubu tis'ah (Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Tirmidzi, Sunan Nasa'i, Sunan Abu Daud, Sunan Ibnu Majah, Sunan Ahmad, Malik dan Darami).

b. Jalaluddin Al-Mahalli dab Jalaluddin As-Suyuthi, Tafsir Al Qur'anul Al'Adzim (tafsir Jalalain) Darul Fikr, Beirut.

c. Tafsir Al Qur'anul Al'Adzim (tafsir Ibnu Katsir).

d. Tafsir Al Maraghi (tafsir Ibnu Katsir).

e. Imam Qurthubi, Tafsir Al-Qurthubi Darul kutub al Arabiyah, Kaherah.

f. Abu Ja'far Muhammad bin Jarir At-Thabari, Tafsir At-Tahabari Mustafa Al-Halabi, Kaherah.

g. Ibnu Hajar Al-Asqalani, Fathu Al Bari, Mustafa Al-Halabi, Kaherah

h. An-Nawawi Al-Baghdadi, Syarah Muslim, Al-Mishriyah, Kaherah.

8. DOA-DOA DALAM AL-QURAN

Al-Qur'an adalah kalam Allah sebagai pedoman bagi manusia. Di dalamnya mengandungi doa-doa yang diajarkan terus oleh Allah untuk kita.


The Miracle menandainya sehingga anda mudah mengamalkan doa-doa tersebut dalam satu kotak khas dilengkapi dengna judul doa, isi doa dan maksudnya.

9. MUKJIZAT AL-QURAN

Bukti-bukti kemukjizatan Al-Qur'an yang dijelaskan secara sederhana sebagai kemudahan bagi anda untuk memahami keagungan Al-Qur'an.

Penuh dengan penjelasan terperinci mengenai ayat-ayat, ibadah, hukum-hukum, tanda-tanda kebesaran Allah, tempat bersejarah, tokoh dan ilmu pengetahuan yang didasari ayat-ayat Al-Qur'an.

10. INDEKS AL-QURAN

Indeks Al-Qur'an (Penterjemahan Al-Qur'an) ini disusun berdasarkan:


1. Susunan indeks secara alfabetik menggunakan metod penyusunan kamus bahasa.

2. Pencarian perkataan/kalimah berdasarkan pada perkataan asal. Misalnya untuk mencari "mengajak", rujuk "ajak".

11. ATLAS AL-QURAN

Atlas koleksi tempat-tempat bersejarah yang disebutkan dalam Al-Qur'an sebagai kemudahan bagi anda memperoleh gambaran besar mengenai kebenaran Al-Qur'an.


Dijelaskan dengan perbandingan nama-nama daerah tersebut pada masa kini dan di masa lampau.

12. KISAH PARA NABI DALAM AL-QURAN

Kisah-kisah penuh hikmah dalam Al-Qur'an dijelaskan secara sederhana untuk kemudahan anda. Dimulai dari perjalanan Nabi Adam Alaihi Salam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam yang berdampingan dengan atlas perjalanan mereka.

13. ZIKIR AL-MA'SURAT

Al-Ma'surat merupakan koleksi wirid yang terdiri dari ayat-ayat pilihan dan lafaz-lafaz dari hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam yang biasa baginda amalkan dalam wiridnya.

Tuntutan doa dan zikir yang baik tentulah seperti yang dicontohkan Rasulullah, kerana itu zikir-zikir dalam Al-Ma'surat ini sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap muslim.

Anda akan memperoleh manfaat dari aktiviti zikir dan doa Al-Ma'surat ini antaranya bahawa dengan berzikir kita akan selalu ingat dan berkomunikasi dengan Allah serta sentiasa merasakan kewujudan-Nya. Hal ini dikuatkan oleh firman Allah: "kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu." (QS Al-Baqarah: 152).

Al-Ma'surat ini pula akan menjadi sahabat anda dalam mencapai nikmat zikir, menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan di dunia.

14. INTISARI AYAT

Intisari Ayat berisi penekanan penting dari setiap halaman yang anda baca.


Hal ini akan memberikan kemudahan bagi anda untuk secara cepat mendapat gambaran mengenai halaman yang sedang anda baca.

Dapatkan di Sini

KLIK






Salam Ramadhan Al-Mubarak




Ramadhan Al-Mubarak datang lagi. Umat Islam diseluruh dunia akan menjalani ibadah puasa yang ditunggu-tunggu setiap tahun.

Selamat Menyambut Bulan yang Mulia ini dengan penuh keazaman dan keikhlasan.

Jadi disini ada disediakan jadual berbuka puasa dan imsak bagi seluruh Malaysia bagi tahun 2010 M / 1431 H.

KLIK

Zon 2 (JB,Kota Tinggi, Mersing

Zon 3 (Pontian dan Kluang)

Zon 4 (Batu Pahat, Muar, Segamat dan Gemas)





16 Julai 2010

Harga Naik


Berikut adalah harga yang baru:
  • Petrol RON 95 – RM1.85 seliter.
  • Petrol RON 97 – RM2.10 seliter
  • Diesel – RM1.75 seliter.
  • Gula – RM1.90 sekilogram
  • Gas LPG – RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
  • Tong 14KG – dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG – dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG – dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Business Times Online, 15 July, 2010

KUALA LUMPUR: The government has announced new prices for fuel, cooking gas and sugar, effective midnight.

The new price for RON 95 petrol will be RM1.85 per litre from RM1.80 per litre previously.

For RON 97, the new price starts at RM2.10 per litre, and will be reviewed monthly.

Diesel will be priced RM1.75 per litre from midnight.

For LPG (cooking gas), the new prices are RM18.50 for 10kg, RM22.20 for 12kg and RM25.90 for 14kg.

Sugar prices, meanwhile, have been increased to RM1.90 per kg from RM1.65 per kg.
In a statement, the Prime Minister’s Office said the changes will help Malaysia achieve a position of fiscal responsibility and help reduce the national deficit.

“To meet these objectives, we have chosen to make adjustments to our subsidies. Even after these changes, the Government will still spend an estimated RM7.82 billion on fuel and sugar subsidies in 2010. The prices of fuel and sugar in Malaysia will still be among the lowest in the region,” it added.

The subsidy rationalisation will, according to estimates, allow Malaysia to reduce Government expenditure by more than RM750 million in 2010.

“I think the amount itself is relatively small in the sense that the people?s purchasing people may not be that eroded, and may not be that inflationary, and I think this is a good way to consolidate the huge negative in the fiscal position,” OSK-DMG economist Enrico Tanuwidjaja told reuters.

20 Mei 2010

Barisan Guru SKPP 2010

Pengawas dan Pustakawan 2010




Gambar Kelas 2010






10 Mei 2010

Guru pilihan Hati Murid

Sempena Sambutan Hari Guru 2010. Pengelola sambutan telah mengadakan Pemilihan Guru yang diminati oleh murid-murid.

Senarai Kategori Pilihan Murid :-

1) Guru Paling Popular
2) Guru Paling Aktif
3) Guru Paling Rajin
4) Guru Paling Kreatif
5) Guru Paling Penyayang
6) Guru Paling Mesra
7) Guru Paling Bergaya
8) Guru Paling Kelakar
9) Guru Paling Sporting
10) Guru Paling Garang

Klo ada diluar sana nak undi guru, boleh. tapi hanya di blog sahaja lah..

Boleh undi disebelah ini... (Guru disegani)

06 Mei 2010

"Hari Guru" 2010

Maklumat sempena Sambutan Hari Guru yang bakal menjelma tidak lama lagi iaitu pada 16 Mei 2010. Di sini beberapa maklumat penting berkenaan Sambutan tersebut.

TEMA

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
Pengenalan

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU


logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.


Objektif

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


Lagu Tema Hari Guru 2010 (seperti tahun 2009)


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


Download


1)Muzik dan Vokal

2)Muzik



20 April 2010

Kamus Mubtadi'






..::RM12.90 SAHAJA::..


Dapatkan segera (Kamus Al-Mubtadi') yang disusun mengikut sukatan pelajaran terkini berpandukan buku teks Bahasa Arab Tahun 1-6. Untuk dapatkannya, sila hubungi Ustaz Mohamad Syahmi di talian 012 - 445 6915 (Daerah Kuala Muda / Yan, Kedah) atau dapatkan terus kamus berkenaan di SK Gurun (P). Boleh juga pesan kat Ust Arifin di SK. Parit Patah, Pontian, Johor.

Kamus Bahasa Arab Al-Mubtadi' Edisi Terkini 2010 :

* Disusun mengikut sukatan pelajaran terkini berpandukan buku teks tahun 1-6
* Sesuai sebagai bahan rujukan dan bacaan untuk guru, pelajar dan ibubapa
* Membantu pelajar berdikari dalam mencari makna perkataan dengan cepat, mudah dan tepat

p/s : Tiada desakan dan paksaan utk membeli Kamus ini. Hanya sebagai memudahkan murid utk mengulangkaji di rumah.

28 Mac 2010

Sejarah Sekolah


Latar belakang sekolah


Sekolah Kebangsaan Parit Patah diasaskan oleh Tuan Haji Marzuki b Merah. Beliau merupakan Ketua Kampung Kg Parit Patah ketika itu. Beliau telah berusaha untuk mendirikan sebuah bangunan sekolah bagi kemudahan pendidikan anak-anak buahnya. Dengan titik peluh penduduk kampung, bangunan sekolah ini telah didirikan di atas tanah wakaf peninggalan arwah ayahanda Tuan Haji Marzuki.


Tanpa bantuan dari pihak kerajaan, penduduk kampung telah berjaya mengumpul wang melalui kutipan derma sebanyak RM 2000.00 untuk membeli bahan keperluan pembinaan bangunan. Bangunan sekolah ini telah dibuat dengan menggunakan kayu, atap, zink dan batu.


Sekolah ini telah dibuka pada 21 September 1954 dan diberi nama Sekolah Rakyat Parit Patah, Pontian, Johor. Bangunan ini panjangnya 100 kaki dan lebar 24 kaki serta terletak di atas tapak tanah seluas satu ekar.


Oleh kerana kawasan ini kecil dan tidak sesuai untuk pembinaan sebuah sekolah kebangsaan mengikut pelan, satu tapak lain bersebelahan tanah Allahyarham Tuan Haji Marzuki telah diperoleh oleh Kementerian Pendidikan. Pada tahun 1972, Kementerian Pendidikan telah berjaya membeli tanah seluas tiga ekar dari penduduk setempat dan didirikan sebuah bangunan satu tingkat yang mengandungi 4 buah bilik darjah, 2 buah bilik air(lelaki dan perempuan), 1 buah pejabat, 1 buah bilik rehat dan 2 buah stor.Dengan pembinaan bangunan baru ini, nama Sekolah Rakyat Parit Patah telah bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Parit Patah, Pontian pada 17 Januari 1972.


Pada tahun 1988, sebuah kantin kecil telah dibina di atas peruntukan PPD. Sebuah bangsal basikal, tempat letak kereta dan penerapan kawasan perhimpunan sekolah telah diperoleh atas sumbangan YB wakil rakyat dan Pejabat Menteri Besar. Pada tahun itu juga, sebuah stor sukan dan pekerja telah dibina.


Pada tahun 1989 pula, 2 buah bilik darjah tambahan projek kilat oleh KPM telah dibina dan salah satunya digunakan sebagai bilik PSS dan Perpustakaan. Bangunan tambahan 3 tingkat juga telah dibina dan siap digunakan pada tahun 1999. Bangunan ini lengkap dengan 6 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, bilik KH, bilik muzik, bilik komputer, bilik mesyuarat, bilik guru, perpustakaan dan bilik tayang. Dengan adanya bangunan tambahan ini, telah memberi ruang yang lebih luas dan selesa bagi warga sekolah ini.


Pada tahun 2001, sekolah ini telah mendapat peruntukan bagi penyenggaran dan baik pulih bangunan dan kawasannya. KPM juga telah membeli tanah seluas 2 ekar bagi tambahan kawasan sekolah dari individu setempat.


Kini, Sekolah Kebangsaan Parit Patah telah mempunyai bangunan yang lengkap, selesa, ceria dan menjadi tempat anak-anak Kampung Parit Patah serta penduduk sekitar menimba ilmu demi masa depan mereka.




Formula Mencari Muka Surat Juzuk dalam Al-Quran

Formula ini boleh digunakan bagi Al-Quran Rasm Uthmani yang standard, sama ada Mushaf Al-Madinah An-Nabawiyyah, Arab Saudi atau Mushaf Tajwid cetakan Darul Ma'rifah, Syria, sama ada berbentuk cetakan kertas atau program/Al-Quran Flash.

Berikut adalah formulanya:

Contoh 1:

Untuk mencari Juzuk 18:

18 - 1 = 17

17 x 2 = 34

Kemudian,tambah angka 2 di hujung nombor 34 tadi, menjadi 342. Jadi, permulaan Juzuk 18 adalah pada muka surat 342.

Contoh 2:
Untuk mencari Juzuk 9:
9 - 1 = 8
8 x 2 = 16
Kemudian, tambah angka 2 di hujung nombor 16 tadi, menjadi 162. Jadi, permulaan Juzuk 9 adalah pada muka surat 162.

Subhanallah!

Rujuk : http://mendidik.blogspot.com/2010/03/formula-mencari-muka-surat-juzuk-dalam.html

Mesyuarat PIBG 2010





18 Mac 2010

Kem Bestari Solat THN 1 & 2 Kali Pertama




Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah 2010




Template by - Abdul Munir - 2008